Artikel

Malaysia Akan Keluarkan Sijil Kelahiran Versi Baharu – Untuk Anak Yang Lahir Pada Tahun 2023

Mulai tahun hadapan, rakyat Malaysia bakal memperlihatkan pengeluaran sijil kelahiran versi baharu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kenyataan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini memaklumkan terdapat pelbagai ciri baharu yang akan tersedia pada sijil kelahiran tersebut – ini dilengkapi ciri keselamatan seperti perubahan reka bentuk, jenis kertas dan jenis dakwat pada sijil.

Adanya perubahan tersebut adalah sebahagian dari usaha negara untuk mengelak berlakunya pemalsuan pada ketulenan dokumen rakyat negara.

Pengeluaran ini akan dilaksanakan untuk rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 2023, sementara rakyat Malaysia yang telah memiliki sijil kelahiran sedia ada tidak perlu khuatir – ia kekal boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.

Selain sijil kelahiran, sijil melibatkan daftar perkahwinan turut akan ditingkatkan ciri keselamatan pengesahannya pada tahun hadapan.