Artikel

44% CEO Rancang Bekukan Pengambilan Pekerja Pada 2023 – Susulan Jangkaan Ekonomi Meleset

Sekitar 63% kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Asia Pasifik menjangkakan pada tahun hadapan, 2023 – akan berlakunya kelembapan pada pertumbuhan ekonomi global.

Maka tindak balas pada situasi tersebut menurut tinjauan KPMG International, bagi persediaan 6 bulan mendatang sekitar 44% CEO merancang untuk membekukan pengambilan pekerja – langkah itu untuk mengimbangi tekanan kos operasi.

Sementara 43% pula akan meningkatkan harga dan 40% pula bercadang mengurangkan margin keuntungan.

Akan tetapi apa yang merunsingkan adalah 29% CEO pula dalam pertimbangan melaksanakan pemberhentian sementara untuk mengukuhkan operasi. Ini bermakna akan terdapat kumpulan pekerja terjejas ketika fasa tersebut berlaku.

Melihat pada aliran tersebut, KPMG Malaysia menjangkakan kumpulan syarikat di negara akan berdepan kesukaran untuk membiayai hutang susulan peningkatan kadar faedah semasa. Ia sekaligus mendorong kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.