Artikel

Bajet 2023 Akan Dibentang Semula, Sebelum Akhir 2022 – PM Ismail

Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri kini memaklumkan pembentangan Bajet 2023 akan dilaksanakan semula – sebelum akhir tahun ini.

Ini bermakna pembentangan bajet yang dicadangkan bernilai RM372.3 bilion pada 7 Oktober lalu itu akan dijalankan semula oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Bagaimanapun menurut laporan Bernama tarikh pembentangan semula masih tidak diketahui, ia akan dilaksanakan setelah Malaysia mengetahui tarikh pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober ini (Khamis).