Artikel

Ninja Van Uji Guna Kenderaan Penghantaran Elektrik, Sasar Tingkatkan Kecekapan Operasi

Ninja Van kelak akan menguji penggunaan kenderaan penghantaran elektrik (EV) pada operasi mereka – bagi peringkat awal, pengujiaan rintis tersebut akan dilaksanakan di Singapura pada cawangan terpilih dengan 10 kenderaan penghantaran elektrik.

Pelaksanaan hasil kerjasama Goldbell Leasing ini dilihat sieing dengan matlamat Ninja Van untuk meningkatkan sumbangan kelestarian, di samping melonjakkan kecekapan operasi.

Berdasarkan perancangan, ujian rintis ini akan mengambilkira pelbagai faktor khususnya kekuatan infrastruktur pengecasan EV pada pasaran Asia untuk menampung pergerakan sehingga 235km bersama muatan sehingga 1200kg untuk operasi mereka.

Setelah itu, perluasan inisiatif ini akan dipertimbangkan pada cawangan lain.