Artikel

Ringgit Jatuh Lagi, RM4.71 Berbanding Dolar AS

Ringgit terus memaparkan penyusutan apabila dibuka pada jam 9 pagi hari ini (17 Oktober) dengan RM4.71 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Untuk makluman pada akhir minggu lalu, mata wang tempatan ini telah ditutup dengan paras terendah dalam tempoh 24 tahun iatu RM4.70 pada Jumaat (14 Oktober).

Sementara bagi tindakan diniagakan pula, Ringgit memaparkan penurunan berbanding sebilangan mata wang utama lain. Sedikit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.2871, diikuti rendah berbanding euro kepada 4.5909, menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.3074.

Manakala Bursa Malaysia pula, pada awal pagi dibuka dengan didagang tinggi namun kembali jatuh ekoran tindakan pelabur untuk meraih keuntungan.