Artikel

Shopee Kini Mengenakan Caj Pemprosesan 1.5% Untuk Penggunaan Khidmat SPayLater BNPL

Shopee Malaysia kini telah mula melaksanakan caj pemprosesan sebanyak 1.5% ke atas penggunaan khidmat ShopeePay BNPL atau SPayLater.

Sebelum ini, ia ditawarkan secara percuma untuk bayaran pada bulan seterusnya – sebaliknya caj hanya dikenakan bagi yang memilih untuk bayaran ansuran. Tetapi, bermula hari ini, perkara tersebut berubah, dan semua yang memilih untuk pembayaran secara BNPL akan tertakluk dibawah caj pemprosesan 1.5% ke atas nilai transaksi keseluruhan.

Dengan pengenalan caj ini, ia mungkin membuatkan ramai pengguna berfikir terlebih dahulu sebelum memilih menggunakan khidmat BNPL.

Shopee sendiri, akhir-akhir ini telah melakukan penstrukturan dan pengoptimasian operasi – membawa kepada penghentian sejumlah pekerja. Dengan langkah ini, Shopee mungkin sedang melihat untuk menjana pendapatan supaya perkhidmatan mereka dapat beroperasi dengan lancar.