Artikel

Lebuhraya SUKE Kutip Bayaran Tol Mulai Tengah Malam Ini, 15 Oktober

Bermula jam 12.01 tengah malam ini bersamaan 15 Oktober, lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan memulakan kutipan bayaran tol pada pengguna kenderaan negara.

Ini bermakna semua penumpang perlu bersedia akan penggunaan bayaran tol secara elektronik sepenuhnya melalui kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID – Identifikasi Frekuensi Radio. Kadar bayaran tol menurut PROLINTAS akan dikenakan pada laluan fasa 1 iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang dengan kadar kereta (RM2.30), lori (RM4.60), treler (RM6.90), teksi (RM1.20) dan bas (RM2.30).

Oleh itu, pengguna kenderaan diminta untuk mengambil perhatian dan memastikan kad serta RFID anda memiliki jumlah mencukupi bagi memastikan perjalanan kenderaan lancar tanpa mengakibatkan sebarang kesesakan di laluan keluar-masuk SUKE.