Artikel

87% Rakyat Malaysia Pilih Shopee Mall, Akui Penawaran Ganjaran Dorong Penjimatan

Shopee di bawah tinjauan dorongan kesetiaan pengguna Malaysia pada medium e-dagang mereka, didapati 87% rakyat Malaysia menyatakan kesetiaan mereka pada penyertaan Shopee Mall.

Antara faktor utama yang mendorong kepada penyertaan pengguna aktif ini merangkumi keyakinan 100% produk pembelian di jamin asli, menerima pulangan tanpa sebarang kesulitan dan meraih ganjaran penghantaran percuma yang membantu pengguna menjimatkan kos pembelian.

Pada perincian faktor kesetiaan turut didapati;

  • 49% gemar perolehan baucar dan diskaun
  • 25% cadangan produk dan pakej
  • 14% suka akan pembungkusan selamat dan terjamin
  • 8% berpuas hati akan balasan mesej tepat pada waktunya
  • 4% gemar perolehan hadiah kejutan percuma

Melalui tinjauan kesetiaan ini, Shopee melihat pembeli Malaysia bukan sahaja membeli perkara yang mereka perlukan dan suka akan jenama yang merekaminati, mereka juga mahukan hiburan ketika berbelanja, berkomunikasi dengan pihak lain, dan mendapat inspirasi ketika berbelanja. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa 60% penjual lama di platform dengan lebih 5 tahun berupaya membina hubungan positif bersama pelanggan di medium Shopee – bersama ciri sokongan penjual tepat pada masanya, tawaran penyelidikan pasaran dan rangkaian affiliates.

Malah dapatan ini, turut membantu Shopee memahami dengan lebih baik akan perubahan tingkahlaku pengguna dari semasa ke semasa. Sekaligus dapat meningkatkan kecekapan peniaga mengikut permintaan pengguna di masa hadapan.