Artikel

Terengganu Catat 80.2% – Antara Pengguna Tertinggi Buat Pesanan Barang, Khidmat Secara Atas Talian

Sebelum tibanya penularan pandemik COVID-19, corak perbelanjaan rakyat negara telah mula alami peningkatan kepada 22.5% pada 2019.

Seterusnya melonjak kepada 54.4% (2020) dan 60.6% (2021).

Menyelusuri tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, didapati Terengganu menjadi negeri yang merekodkan peratusan paling tinggi individu dalam melakukan pesanan barangan atau perkhidmatan secara atas talian sejak 2020.

Di mana 2020 ia telah mencatatkan rekod 73.8% dan naik kepada 80.2% pada tahun 2021. Bagi data 2021 Terengganu pada kedudukan kedua, di atasi lonjakan pesanan atas talian Wilayah Labuan dengan peratusan pesanan sekitar 82.0%.

Kedua negeri tersebut mengatasi prestasi Selangor (79.3%) dan Wilayah Kuala Lumpur (78.0%).

Sementara negeri yang memaparkan penurunan peratusan pesanan secara atas talian adalah Kelantan (49.3%) diikuti Sarawak (34.2%).

Manakala bagi penyertaan pesanan atas talian mengikut jantina pula, wanita terus mengungguli kedudukan dengan 61.6% dan lelaki 59.8% bagi data 2021.