Artikel

Syarikat Induk SHEIN Berdepan Saman $1.9 Juta – Gagal Maklum 39 Juta Pengguna Isu Pencerobohan Data

Syarikat induk di sebalik platform e-dagang SHEIN, iaitu Zoetop kini berdepan saman berjumlah $1.9 juta – ekoran kegagalan pihak pengurusan memaklumkan secara menyeluruh kepada 39 juta pengguna akaunnya yang terjejas disebabkan isu pencerobohan data pada 2018.

Berdasarkan dapatan perundangan, Zoetop hanya menghubungi sebahagian kecil sahaja daripada jumlah 39 juta penggunanya yang terjejas.

Malah kenyataan Zoetop berhubung isu pencerobohan data tersebut turut dilihat mengelirukan apabila memaklumkan hanya 6.42 juta pengguna sahaja terjejas.

Seperti yang umum ketahui, kedudukan SHEIN terus meningkatkan setelah pandemik COVID-19 – di mana pada April lalu jenama ini dalam pertimbangan untuk meraih dana pada pusingan pembiayaan. Sekaligus bakal meletakkan nilai syarikat mencapai $100 bilion.