Tahukan pembaca, 1 daripada setiap 2 orang dewasa di Malaysia ditakrifkan memiliki berat badan berlebihan dan obes. Lebih membimbangkan isu ini tidak hanya memberi kesan kepada orang awam, tetapi tahap obesiti kalangan penjawat awam negara juga turut jadi tumpuan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada makluman Modul Pengurusan Berat Badan Trim & Fit pada semua kementerian minggu ini, telah dapati daripada tinjauan menyeluruh masalah obesiti kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi mahupun jabatan kerajaan telah mencapai 41.4%.
Paras tersebut secara langsung memerlukan pemerkasaan berganda dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam kekal terjamin, di samping dapat membantu meningkatkan produktiviti perkhidmatan negara kepada rakyat.
Maka melalui lanjutan modul ini, ia dapat membuka peluang kepada penjawat awam memahami amalan sebenar langkah penurunan berat badan secara sihat dan selamat dengan betul.
Sehingga kini sekitar 58 buah jabatan serta agensi kerajaan telah melaksanakan modul tersebut, dengan menyertakan pelbagai segmen menarik meliputi kaedah diet seimbang, senaman serta aktiviti motivasi.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Pelancaran Modul Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit Dan Pelaksanaan Di Semua Kementerian/ Jabatan pic.twitter.com/5vEfTVZuWz
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) October 12, 2022