Artikel

6.6 Juta Pengguna Kad BSN – Kini Terima Akses BNPL Bersama myIOU

Akses Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) di bawah perkhidmatan aplikasi myIOU kini mula tersedia buat lebih 6.6 juta pengguna kad Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kerjasama yang berkuat kuasa pada hari ini (14 Oktober) secara langsung akan menawarkan pilihan pembayaran ansuran kepada pengguna kad BSN sehingga 6 bulan pecahan pembayaran dengan pembelian serendah RM50, dan tersedia pada kadar 0% tanpa perlu khuatir akan sebarang pengenaan faedah atau yuran tersembunyi.

BSN melihat sokongan bersama myIOU ini tidak sekadar meningkatkan pendedahan literasi kewangan kepada pengguna dalam perbelanjaan ansuran, tetapi turut merancakkan penyertaan mereka dalam arena nirtunai.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi myIOU pada App Store dan Google Play atau layari pautan rasmi myIOU dan BSN untuk perincian seterusnya.