Artikel

Disney Pertimbang Beli Kapal Persiaran Terbesar Genting HK, Global Dream

Disney, peneraju kandungan hiburan global kini dalam pertimbangan untuk membeli aset kapal persiaran terbesar milik Genting Hong Kong (HK) iaitu Global Dream. Agenda rancangan itu, sekaligus menjadikan ia antara pembida berpotensi.

Mengikut laporan TME, pertimbangan tersebut adalah sebahagian usaha Genting Hong Kong untuk melanjutkan penjualan baki kapal persiaran bersama aset hotelnya.

Untuk makluman kapal persiaran yang berupaya menampung 9,500 penumpang bersama ukuran 1,122 kaki ini telah mencapai 75% penyelesaian kelengkapan bagaimanapun ia dihentikan pada awal 2022.

Setakat ini mengikut peguam, rundingan sedang dilaksanakan bersama sebilangan pembida dan menyasarkan kesepakatan perjanjian dapat dicapai dalam tempoh terdekat.

Seperti yang umum ketahui, Genting HK sebelum ini telah memfailkan pembubaran sementara dan ia telah diperintahkan Mahkamah Bermuda pada 7 Oktober lalu – situasi ini berlaku ekoran kegagalan perolehan dana untuk beroperasi setelah anak syarikat perkapalan Jerman-nya diisytiharkan muflis.

Tambahan kedudukan kewangan Genting HKK semakin merosot telah menyekat operasi pelayaran dan permintaan di seluruh dunia.