Artikel

Ringgit Menyusut, Hampiri RM4.70 Berbanding Dolar AS

Ringgit diperhatikan terus menyusut ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini (14 Oktober).

Persekitaran ini didorong kenaikan indeks harga pengguna AS yang lebih tinggi kepada 8.2% dari jangkaan asal sekitar 8.1%, sekaligus memberi isyarat bahawa peningkatan kadar faedah perbendaharaan AS berpotensi berlaku kelak.

Pada jam 9 pagi, nilai ringgit telah susut kepada 4.6920/6965 berbanding dolar AS, daripada takat penutupan semalam pada 4.6910/6940.

Pengamatan ActivTrades pada laporan meramalkan kadar faedah AS berada di paras 4.5%-4.75%, menjelang akhir tahun ini.

Selanjutnya ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. Di mana menurun berbanding pound Britain kepada 5.3052/3103, susut berbanding euro kepada 4.5831/5875, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2963/2929.

Namun menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1843/1877.