Artikel

CTOS Kini Membolehkan Pengguna, Semak Sejarah Kenderaan Terpakai Sebelum Beli

Bagi memastikan hak pengguna terus terpelihara dalam pembelian kenderaan terpakai – CTOS IDS, anak syarikat CTOS Digital kini menampilkan khidmat baharu bersama OTOFACTS, membenarkan pengguna semak terlebih dahulu sejarah aset tersebut sebelum laksana pembelian.

Kemudahan pada Semakan Kenderaan CTOS ini akan menyertakan laporan berhubung kenderaan terpakai yang telah didaftarkan di Malaysia serta Jepun dan United Kingdom (UK).

Melalui akses tersebut, ia tidak sekadar memberi pemahaman kepada pengguna akan keupayaan prestasi kenderaan tersebut tetapi turut meningkatkan keyakinan pengguna pada pembelian kenderaan terpakai semasa.

Perincian laporan yang dimaksudkan meliputi sejarah kemalangan, laporan kecurian, latarbelakang pemilikan kenderaan, rekod lelongan, senarai pengisytiharan hapus kenderaan, status pengaktifan bed udara (Jepun) serta sebarang notis panggilan penyelenggaraan daripada pengilang.