Artikel

Kerajaan Menamatkan Had Syarat “Tiket Kelas Ekonomi” Bagi Penjawat Awam Kanan – Kini Boleh Nikmati Kelas Perniagaan

Kerajaan kini telah menarik kembali peraturan ‘tiket penerbangan kelas ekonomi’ bagi perjalanan rasmi domestik yang telah ditetapkan ke atas seluruh penjawat awam negara tanpa mengira gred. Tindakan peraturan itu bertujuan memberi penjimatan kos kepada perbelanjaan negara, namun penarikan tersebut telah berkuat kuasa serta-merta.

Ini bermakna penjawat awam kanan iaitu Gred 53 dan ke atas, bersama Pegawai Polis berpangkat SAC boleh melakukan perjalanan dengan tiket penerbangan kelas perniagaan tertakluk kepada kelayakan mengikut arahan pada 2020.

Penarikan semula aturan di bawah Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam ini telah dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) pada Julai lalu untuk melaksanakan penjimatan kos buat negara. Namun menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan – keputusan penarikan semula aturan itu telah dicapai pada mesyuarat Jemaah Menteri 30 September lalu.