Artikel

Gentari Bakal Perkasa Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik – Buat Pengguna PROTON

Gentari, entiti milik penuh PETRONAS kini mengatur langkah bersama PRO-NET, anak syarikat PROTON yang berperanan memasarkan rangkaian kenderaan elektrik – dalam meluaskan penyelesaian infrastruktur pengecasan EV di negara.

Pada sidang memorandum persefahaman hari ini (13 Oktober) kedua pihak akan meluaskan penyelesaian pengecasan melalui rangkaian pengedar Proton di seluruh Malaysia.

Usaha itu sekaligus meningkatkan keupayaan akses sektor automotif dan melonjakkan penyertaan pengguna Proton pada unit EV.

Setakat ini, Gentari telah melaksanakan lebih 225 kemudahan pengecasan di Malaysia dan India. Maka melalui sokongan bersama PRO-NET ini akan meningkatkan daya peralihan pengangkutan tempatan kepada kemudahan EV.

Menerusi aturan itu, kerjasama ini menyasarkan jadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon menjelang tahun 2040 kelak – dengan peningkatan peratursan EV kepada 38% pada tempoh tersebut.