Artikel

Firma Logistik Taiwan Bakal Buka Gudang Pintar Di Klang – Menjelang 2024

Menjelang suku ketiga tahun 2024, pasaran negara bakal memperlihatkan pembangunan gudang pintar berskala dunia di bawah Ally Logistic Property, firma Taiwan dilaksanakan di Taman Perindustrian Bukit Raja, Klang kelak.

Gudang pintar ALP Bukit Raja Omega akan dibina secara bertingkat dan memperlihatkan integrasi sistem automosi bersama sokongan pelbagai teknologi untuk meningkatkan kecekapan industri logistik Malaysia.

Agenda ini difahamkan turut menyokong gagasan di bawah Selangor Pintar bersama Logistik 4.0 negara. Melalui kelengkapan gudang pintar ini, ALP menyasarkan kemudahan tersebut dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di samping membuka penerokaan pelaburan baharu dalam sektor digital.