Artikel

Kadar Kelahiran Hidup Di Malaysia Jatuh 6.7%, Penurunan Tertinggi Dalam 10 Tahun – DOSM

Malaysia bagi tahun 2021 telah memperlihatkan penurunan pada kadar kelahiran hidup, jatuh 6.7% kepada 439,744 berbanding 471,504 kelahiran pada tahun 2020.

Kadar Kelahiran Hidup – merujuk kepada kelahiran yang bernyawa semasa dilahirkan walaupun seketika.

Tinjauan di bawah Jabatan Perangkaan negara (DOSM) ini sekaligus menjadikan ia sebagai penurunan kadar kelahiran paling tinggi dalam tempoh satu dekad (10 tahun). Malah turut didapati Kadar Kelahiran Kasar (CBR) telah merekodkan penurunan daripada 14.5 (2020) kepada 13.5 (2021) kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk.

Sementara kadar kematian pada 2021 pula direkodkan meningkat 34.5%, pertambahan 57,599 individu kepada 224,569 kematian. Ini lebih tinggi berbanding 2020 dengan jumlah kematian seramai 166,970. Peningkatan itu diperhatikan berikutan pandemik COVID-19 telah meningkatkan Kadar Kematian Kasar (CDR) kepada 6.9 (2021) daripada 5.1 (2020) bagi setiap kematian 1,000 penduduk.

DOSM turut menjelaskan kenaikan paras kematian ini menunjukkan kategori usi 41-59 tahun catat keatian tertinggi sejumlah 52,282 kematian. Diikuti usia 60 tahun dan ke atas sejumlah 150,219 kematian serta usia 15-40 tahun pula mencatatkan peningkatan kepada 17,953 kematian.