Artikel

Ringgit Terus Susut, RM4.68 Berbanding Dolar AS

Pagi ini (13 Oktober), Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dikala Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS meningkat kepada 8.5%.

Menerusi peningkatan dari jangkaan asal itu, pengamatan peniaga ActivTrades mendapati tekanan inflasi AS akan kekal tinggi berikutan PPI menjadi penanda aras pada perubahan harga barangan, perkhidmatan yang digunakan syarikat pada penghasilan produk di pasaran mereka.

Kenaikan itu jelas memberi kesan kepada paras harga pasaran.

Setakat 9 pagi hari ini, nilai ringgit dilihat telah jatuh kepada 4.6850/6875 berbanding 4.6820/6855 berbanding AS pada penutup semalam (Rabu).

Sementara bagi tindakan diniagakan, ringgit diniagakan lebih berbanding sekumpulan mata wang utama. Di mana menurun berbandign pound Britain kepada 5.2050/2078, rendah berbanding euro kepada 4.5505/5530 dan rendah berbanding Singapura 3.2666/2688.