Artikel

Cradle Lantik Lilyana Abdul Latiff Selaku CEO Baharu

Cradle Fund kini memilih Lilyana Abdul Latiff selaku Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, menggantikan kedudukan Rafiza Ghazali selepas menamatkan peranannya pada 31 Mei lalu. 

Pelantikan ini menurut DNB, seharusnya berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu, akan tetapi mengalami penangguhan ekoran perubahan pentadbiran negara dan maka lantikan rasmi akan dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) kelak.

Pemilihan Liliyana pada pengurusan Cradle dilihat hasil pengalamannya pada landskap startup negara serta di rantau Asia  – ia merangkumi penglibatannya bersama komuniti, korporat, pelabur, medium pembiayaan serta polisi. Untuk makluman, beliau peneraju pada Yayasan Beta dan merupakan pengasas bersama Joblii Commerce.

Menerusi penyertaan Liliyana pada Cradle ia dilihat tidak sekadar meningkatkan kecekapan operasi tetapi turut akan mengukuhkan lagi ekosistem komuniti startup di pasaran Malaysia.