Tatkala segelintir produk makanan mula memperlihatkan kenaikan kos, McDonald Malaysia pula mengekalkan pendirian entitinya untuk tidak menaikkan harga menu dalam tempoh terdekat.
Setakat ini, pihaknya memberi jaminan operasi di Malaysia masih berupaya menampung tekanan semasa. Seperti yang umum ketahui pengukuhan dolar AS secara langsung telah menjejaskan pasaran ekonomi global, maka memahami tekanan itu McDonald Malaysia akan terus mengkaji struktur ekonomi semasa bersama permintaan makanan segera dari semasa ke semasa.
Setakat ini cawangan di Malaysia memiliki 330 restoran bersama lebih 15,000 petugas. Kini McDonald Malaysia turut berkongsikan sedang melaksanakan pelan perniagaan lima tahun yang merangkumi pembukaan 205 cawangan baharu menjelang 2026.