Pada tahun hadapan, rakyat Malaysia akan memperlihatkan pelan rintis pelabelan kalori makanan di restoran dan kafeteria di Malaysia.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Pemakanan, ujian rintis tersebut akan dilaksanakan seawal tahun hadapan, 2023. Ia bertujuan untuk menilai pelaksanaan dasar pelabelan menu di negara.
Dalam usaha itu, difahamkan KKM akan menyediakan maklumat kalori untuk kemudahan para peniaga. Ini secara langsung membantu pengusaha makanan menjimatkan kos berhubung konsultan perlabelan menu di restoran atau kafe mereka.
Bagi fasa awal, restoran di Putrajaya bersama kafe KKM akan mengalamai pelaksanaan terlebih dahulu diikuti kafe pada kementerian lain termasuklah rangkaian makanan segera di negara.
Selain itu, @KKMPutrajaya akan laksanakan kajian rintis melihat kebolehlaksanaan dasar pelabelan kalori makanan oleh para pengusaha yang dimulakan dengan premis-premis perniagaan di Putrajaya dan rangkaian makanan segera bermula awal tahun depan.
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) October 12, 2022