Artikel

Lebih 39,000 Individu Di Malaysia Telah Menganggur Lebih Dari Setahun – DOSM

Walaupun paras kadar pengangguran Malaysia semakin menurun dan kekal di 3.7%, namun masih terdapat kumpulan besar yang menganggur melebihi 1 tahun.

Data setakat Ogos – Tenaga Buruh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu menunjukkan sekitar 39,168 individu di negara telah menganggur lebih dari setahun. Ini mewakili 6.4% daripada jumlah 612,000 penganggur di Malaysia.

Daripada jumlah itu turut memperincikan;

  • 72,216 individu menganggur antara 6- kurang dari 12 bulan
  • 133,416 individu menganggur antara 3 – kurang dari 6 bulan
  • 367,200 individu menganggur kurang dari 3 bulan

Pecahan ini turut memaparkan jumlah penganggur aktif – iaitu kumpulan pencari pekerjaan aktif terus tinggi dengan 82.9% iaitu seramai 507,348 individu di negara kekal konsisten mecari peluang pekerjaan.

Sementara 17.1% pula adalah kumpulan penganggur tidak aktif – kelompok ini dilihat alami pertamabahan 1.4% berbanding data Julai 2022 lalu.