Artikel

Permohonan Pinjaman Beli Rumah Di Malaysia Terus Meningkat – Kepada RM53.4 Bilion

Walaupun paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah meningkat, ini tidak menghentikan langkah rakyat Malaysia untuk meningkatkan permohonan pinjaman hartanah – apabila didapati meningkat kepada RM53.4 bilion setakat Ogos lalu. 

Mengikut data Bank Negara Malaysia (BNM) – aliran permintaan ini jelas meningkat 66.1% bagi tahun-ke-tahun, Ini kerana kesan asas yang rendah ekoran pelaksanaan sekatan pada tahun lalu. 

Ini turut disokong mengikut tinjauan penyelidik ekonomi MIDF Research apabila jumlah pinjaman yang diluluskan telah meningkat khususnya pada pembelian hartanah kepada RM23.3 bilion.

Peningkatan 2.4% ini dilihat sedikit berbeza akan akan penurunan 0.9% yang dialami pinjaman pada Julai 2022. 

Lonjakan ini sekaligus dapat menampung pengurangan unit kediaman yang tidak terjual pada dapatan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) – di mana bagi suku kedua terdapat 34,092 unit kediaman yang tidak terjual