Risiko dunia ke arah kemelesetan ekonomi dilihat semakin tinggi, ekoran peningkatan kadar faedah dari semasa ke semasa dan perkembangan pertumbuhan negara dijangka semakin perlahan.
Pengamatan Bank Dunia bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan pada tahun ini dan 2023 akan terdapat satu per tiga daripada ekonomi dunia bakal mencatatkan pertumbuhan negatif selama dua suku berturutan.
Lebih membimbangkan susulan kelembapan pasaran, ekonomi dunia bakal kehilangan sekitar $4 Trilion menjelang tahun 2026 – angka kerugian ini bersamaan dengan pertumbuhan negara Jerman.
Malah kerunsingan pakar ekonomi ketika ini adalah impak ke atas ekonomi negara membangun, antara yang tidak terkecuali adalah Malaysia. Di mana pihaknya melihat penurunan nilai mata wang membawa erti paras hutang negara membangun juga akan membebankan, ditambah dengan tekanan inflasi semasa yang terus meningkat meskipun kenaikan kecil.
Pihaknya turut akui, pada fasa pemulihan ini, ia memberi kelebihan kepada negara maju – apabila seirng menjadi tumpuan perolehan modal dunia melalui pinjaman besar serta pembelian bon negara. Situasi tersebut secara menerus meningkatkan tekanan pada pembangunan dari sisi makro.