Intel Corp, penyedia cip global pada makluman hari ini (12 Oktober) dijangka bakal melaksanakan pemberhentian pekerjanya kelak. Tindakan itu disasarkan akan melibatkan ribuan petugasnya.
Perancangan tersebut menurut Bloomberg, susulan tekanan kelembapan pasaran komputer peribadi dan lonjakan kos operasi. Meskipun tidak mengetahui jumlah sebenar pekerja yang terlibat – setakat Julai lalu Intel memiliki seramai 113,700 pekerja.
Mengikut sumber, terdapat kemungkinan pemberhentian pekerja pada sesetengan bahagian termasuk kalangan jualan dan pemasaran berupaya terjejas sehingga 20% petugas.
Intel sebelum ini telah memberi gambaran bahawa kedudukan jualannya pada tahun ini akan merundum kepada $11 bilion, lebih rendah berbanding sasaran awal dan penganalisis menjangkakan perolehannya pada suku ketiga kelak iaitu akhir Oktober ini akan mengalami penurunan hampir 20%. Maka sebarang perubahan serta pemotongan perbelanjaan pada syarikat boleh berlaku, dalam usaha meningkatkan semula keuntungan.