Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memaklumkan pengoperasian Hospital Cyberjaya kini telah mencapai persetujuan untuk beroperasi sepenuhnya selaku hospital awam dan tidak diswastakan.
Dengan berkeluasan 12,859 ekar bersama 9 tingkat, Hospital Cyberjaya akan dilengkapi dengan 288 katil bersama blok kecemasan, serta kemudahan 1,006 tempat letak kenderaan. Ia dijangka dibuka secara berfasa pada 11 November kelak.
Menurut KKM, untuk peringkat awal operasi – hospital tersebut akan melaksanakan 6 khidmat kesihatan merangkumi jabatan kecemasan, perubatan, pembedahan dan anesthesiologi, pediatrik dan obsterik & ginekologi.
Selain itu pada 1 November kelak, akan terdapat penyediaan Klinik Kesihatan Cyberjaya bagi menampung keerluan perkhidmatan kesihatan di daerah Sepang dan kawasan sekitarnya.