Artikel

Kadar Pengangguran Kekal 3.7% – Kini Seramai 612,000 Penganggur Malaysia Dicatatkan

Pasaran buruh negara kekal menunjukkan prestasi pemulihan, apabila kadar pengangguran stabil di paras 3.7% – di mana jumlah penganggur sedikit menurun kepada 612,000 individu setakat Ogos 2022.

Jumlah pengurangan tersebut, membawa erti sekitar 8,700 individu telah memperolehi penempatan pekerjaan. Tinjauan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu, jelas menunjukkan bilangan penganggur negara telah turun sebanyak 18.3% bagi tahun-ke-tahun.

Penurunan kadar ini sekaligus memaparkan bilangan tenaga kerja di Malaysia semakin mengukuh dengan pertambahan kepada 16.63 juta pekerja negara.

Sekadar perincian, kadar pengangguran dalam kalangan belia berusia 15 tahun sehingga 24 tahun dilihat kekal paras 12.1% dengan seramai 337,600 penganggur. Sementara kadar pengangguran belia berusia 15 tahun hingga 30 tahun pula dicatatkan sebanyak 7.1% kepada 467,500 penganggur.