Loob Holding Malaysia, syarikat induk disebalik jenama minum rantau Asia Tenggara, Tealive kini dilihat sedang laksana persiapan untuk meletakkan syarikat mereka di senarai papan Bursa Malaysia – menjelang tahun 2024.
Untuk makluman, aturan ini bukanlah kali pertama dizahirkan. Sebelum ini pihaknya pernah meletakkan sasaran penyenaraian awam (IPO) pada tahun 2020. Namun ekoran pandemik COVID-19 ia telah mengalami penangguhan.
Pertimbangan baharu ini bagaimanapun menurut Reuters dijangka berlaku setelah syarikat berjaya mencapai sasaran pengendalian 1,000 cawangan Tealive di seluruh Malaysia pada tahun yang sama.
Setakat September, Tealive telah memiliki sejumlah 800 cawangan di pasaran tempatan dan dijangka pada tahun 2024, Loob akan terus menggandakan perluasan jenama Tealive-nya di Filipina dan negara lain.
Selain Tealive, di bawah Loob turut terdapat beberapa jenama rangkaian minuman lain iaitu Sodaxpress, Wonderbrew dan Bask Bear Coffee.