Artikel

Ringgit Menyusut, Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Nilai Ringgit ketika ini dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) – di mana pada jam 9 pagi, mata wang tempatan telah memaparkan penyusutan nilai kepada 4.6660/6680 daripada penutup Jumaat lalu pada 4.6480/6520.

Situasi ini berlaku ekoran senarai penggajian-bukan-ladang (NFP) yang merangkumi entiti barangan, pembinaan serta pembuatan di AS pada bulan September telah memaparkan prestasi lebih tinggi berbanding jangkaan.

Ia sekaligus menunjukkan persekitaran ekonomi AS semakin mengukuh.

Malah paras pengangguran yang ketika ini turut menurun positif kepada 3.5% berbanding jangkaan 3.7% turut memanfaat nilai dolar AS.

Meskipun begitu nilai ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain – meningkatkan nilai berbanding pound Britain kepada 5.1727/1749, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2489/2505, berbanding euro pula naik kepada 4.5349/5368 dan berbanding yen Jepun pula kepada 3.2025/2043.