Bermula hari ini (11 Oktober), Malaysia telah bersetuju melonggarkan sekatan eksport ayam hidup pedaging, di mana sekitar 1.8 juta ekor ayam hidup akan mula dieksport kembali.
Pelonggaran sekatan eksport ini akan memperlihatkan pengagihan permintaan ayam secara berperingkat. Setakat ini jumlah eksport tersebut merangkumi 50% tindakan memenuhi permintaan luar negara daripada 3.6 juta ekor ayam yang telah disekat sebelum ini.
Langkah ini menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), adalah seiring dengan kedudukan bekalan ayam di pasaran tempatan yang semakin memulih serta pengeluaran di peringkat ladang yang semakin mengukuh.
Melalui kelonggaran tersebut, ia secara langsung akan memberi manfaat kepada keperluan ekonomi luar, disamping dapat melandaikan kenaikan kos yang dilaksanakan oleh segelintir peniaga pada jualan pasaran ke atas pengguna.