Artikel

Sesi Bahas Bajet 2023 Akan Diteruskan, Parlimen Belum Terima Makluman Pembubaran 

Setakat ini, Parlimen Malaysia masih tidak menerima sebarang makluman berhubung pembubaran parlimen. Ini bermakna sidang akan diteruskan seperti biasa pada Selasa (11 Oktober) kelak untuk membahaskan perincian Bajet 2023.

Menurut kenyataan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun, sebarang makluman rasmi masih tidak diperolehi pihaknya dan makluman tersebut adalah bukan di bawah bidang pengetahuan parlimen.

Segala penguatkuasaan tertakluk kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berdasarkan penjadualan, sidang parlimen akan diteruskan sehingga 29 November ini dan sesi pertanyaan menteri, lisan  berkaitan pembahasan Bajet 2023 akan diteruskan.