Artikel

Rasmi : PM Ismail Bubar Parlimen

Usai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada tengah hari semalam (9 Oktober) – Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri hari ini (10 Oktober) pada sidang perutusan khas menguatkuasakan pembubaran Parlimen serta-merta.

Tindakan ini selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan bersama budi bicara Agong.

Maka dengan itu PM Ismail turut mengesyorkan setiap ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor untuk mengambil tindakan selanjutnya Рmembubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dgn PRU peringkat parlimen. 

Pihak kerajaan sedari terdapat beberapa DUN seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang memaklumkan tidak akan membubarkan DUN mereka. Oleh itu, tindakan selanjutnya dinasihatkan untuk semua pihak bagi memastikan proses demokrasi berjalan lancar.

Susulan pembubaran dan pelaksanaan PRU15 kelak, rakyat Malaysia diminta bersedia untuk merancang perjalanan mengundi. Langkah penguatkuasaan pembubaran Parlimen ini sekaligus berkemungkinan membawa kepada pembentangan semula Bajet 2023 kelak.

Manakala bagi tarikh melibatkan penamaan calon serta hari mengundi hanya akan diketahui tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.