Usai membentangkan Bajet 2023 pada petang hari ini (7 Oktober) – Tengku Zafrul pada sidang media sebentar tadi menjelaska penerapan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak diketengahkan pada belanjawan kali ini.
Menjawab persoalan media, pihaknya hanya akan mempertimbangkan penerapan semula GST setelah mengambilkira status ekonomi Malaysia pada tahun hadapan dan langkah itu memerlukan persetujuan bersama ahli kabinet kelak.
Seterusnya berkenaan status hasil negara, untuk tahun 2022 kerajaan optimis akan perolehan positif negara dan sedar akan kesan bakal dialami pada tahun hadapan susulan perkembangan ekonomi yang dijangka lebih perlahan di seluruh dunia.