Artikel

Bajet 2023 : Wanita Terima Peruntukan Khas RM235 Juta, Tingkatkan Penglibatan Pada Perniagaan

Bagi merancakkan lagi pasaran ekonomi Malaysia, kerajaan kini menyediakan peruntukan khas untuk wanita Malaysia – meningkatkan kapasiti penyertaan dalam perniagaan serta meningkatkan strategi pemasaran mereka pada ekonomi negara.

Peruntukan khas tersebut mengikut penjelasan Tengku Zafrul – akan tersedia di bawah skim ini;

  • Skim Semarak-Nita BSN
  • Skim Tekunita TEKUN
  • Skim DanaNITA MARA
  • Skim Biz Lady Bank Rakyat

Melalui usaha itu, ini akan menggandakan penglibatan wanita pada struktur tertinggi. Setakat Oktober 2022, wanita telah memgang 29% daripada komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat senaraian awam utama dan kesemua 100 syarikat ini didapati mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita sahaja dalam ahli lembaga pengarah mereka.

Maka persekitaran tersebut perlu diubah untuk memastikan penyertaan wanita dalam ekonomi tidak tersekat dek jurang peluang yang menipis.