Penyertaan teknologi kini dilihat mampu meningkatkan keupayaan sektor pertanian Malaysia, untuk menjana keuntungan lebih tinggi.
Menerusi agenda itu, kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperluaskan Program Digital AgTech kepada 264 pertubuhan pekebun kecil negara dengan jumlah peruntukan RM20 juta.
Usaha itu dilihat akan melatih lebih ramai pekebun kecil Malaysia untuk beradaptasi dengan teknologi digital dalam sektor pertanian.