Artikel

Bajet 2023 : Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Untuk Penjawat Am Ditingkatkan Kepada RM600

Pada Bajet 2023 hari ini, kerajaan turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan yang ditujukan kepada para penjawat awam.

Untuk 2023 kelak, sebanyak RM700 akan diberikan bagi 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Disamping itu, RM350 turut akan diberikan kepada 1 juta pesara kerajaan.

Pada masa yang sama, kerajaan juga telah memutuskan untuk bantuan kewangan Aidilfitri ditingkatkan kepada RM600 pada 2023 kelak, dan akan dibayar pada Mac 2023 kelak.