Artikel

Bajet 2023 : Sekitar RM420 Juta Untuk KKM – Baiki Hospital, Klinik Daif

Tahun hadapan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerima peruntukan berjumlah RM36.1 bilion. Ini secara langsung menjadikan ia sebagai antara kementerian yang menerima peningkatan perbelanjaan terbesar.

Berdasarkan penjelasan jumlah tersebut, sekitar RM4.9 bilion akan meliputi penampungan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam iaitu stok ubat, reagen, vaksin dan bahan guna habis.

Malah keutamaan tahun hadapan juga, untuk menaik-taraf fasiliti hospital dan klinik daif serta mengganti peralatan yang telah usang. Usaha ini akan merangkumi peruntukan sekitar RM420 juta.