Artikel

Bajet 2023 : Kadar Cukai Efektif Minimum Akan Diperkenalkan Kerajaan

Menyedari situasi ketidaktentuan ekonomi ketika ini, Kerajaan melihat negara perlu mengukuhkan kutipan hasil negara. Berlandaskan perspektif itu, dalam usaha mengukuhkan asas cukai serta meningkatkan kemasukan pelaburan asing Рkerajaan akan memperkenalkan Kadar Cukai Efektif  Minimum di peringkat global.

Pelaksanaan ini akan diperkenalkan di bawah Pillar 2 Pelan Tindakan BEPS 1 dan bercadang menjalankan cukai Qualitified Domestic Minimum Top-up Tax.

Tindakan ini menurut Tengku Zafrul adalah setelah semakan lanjut dilaksanakan dan disasarkan berlangsung pada tahun 2024.