Artikel

Bajet 2023 : Had Pegangan Bumiputera Dalam ASB, ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000

Untuk meningkatkan pegangan ekuiti dalam kalangan Bumiputera negara, Kerajaan pada sidang pembentangan Bajet 2023 hari ini (7 Oktober) sukacita memaklumkan jumlah had pegangan pada ASB dan ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000.

Kenaikan had pegangan daripada RM200,000 ini bertujuan meningkatkan lagi kesejahteraan kewangan kumpulan Bumiputera.

Pada masa yang sama BSN turut akan memperuntukan dana pinjaman mudah sebanyak RM100 juta untuk membantu kumpulan B40 Bumiputera yang melabur pada ASB.