Artikel

Subsidi Telur Ayam Naik Kepada 8 Sen, Kerajaan Kini Tanggung Lebih RM90 Juta Sebulan

Kabinet pada sidang mesyuarat hari ini (7 Oktober) telah bersepakat menaikkan paras subsidi telur ayam untuk gred A, B dan C darpada 3 sen kepada 8 sen.

Langkah ini secara langsung membawa erti jumlah subsidi yang perlu ditanggung negara akan melebihi RM90 juta sebulan.

Mengikut makluman Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, pihak kabinet juga turut bersetuju untuk tidak menaikkan atau mengapung harga telur ayam di pasaran – untuk mengelakkan berlakunya peningkatan kos sara hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah tindakan menampung nilai subsidi itu turut mengambilkira kos pengeluaran serta kerugian yang didepani pengeluar pada peringkat pembekalan produk.