Artikel

PTPTN, MBSB Bank – Sedia Kemudahan Transaksi Bayaran Balik Pinjaman Pada Dompet Digital

MBSB Bank bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini mengatur langkah kerjasama menyediakan kemudahan buat peminjam PTPTN melunaskan bayaran balik pinjaman dan simpanan mereka melalui dompet digital MBSB.

Adanya sokongan digital ini ia tidak meningkatkan kecekapan pembayaran tetapi turut mendidik para peminjam menyertai kemudahan teknologi kewangan dan meningkatkan jumlah pembayaran peminjam dari semasa ke semasa.

Setakat akhir tahun lalu, seramai lebih 1.8 juta peminjam telah dan sedang melaksanakan pembayaran semula dan didapati lebih 530,000 peminjam pula masih tidak pernah melakukan sebarang pembayaran semula.