Artikel

Kutipan Cukai Pendapatan Individu Didapati Rendah, Jatuh RM11 Bilion – Ketua Audit Negara

Ekoran penamatan pekerjaan secara skala besar ketika pandemik COVID-19 sebelum ini – sekaligus telah memberi kesan pada kutipan pendapatan individu di Malaysia.

Di mana kadar kutipan merekodkan 30.6% kepada RM27.05 bilion, lebih rendah iaitu jatuh sekitar RM11 bilion berbanding data 2020.

Faktor kemerosotan ini tidak sekadar melibatkan pemberhentian pekerja, tetapi meliputi pekerja terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, pemotongan gaji, elaun serta ketiadaan faedah lain.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2021 (LKAN) telah menjejaskan kutipan pendapatan individu.

Akan tetapi jumlah hasil cukai kekal memperlihatkan peningkatan 12.5% kepada RM173.7 bilion. Jumlah ini didorong lonjakan permintaan melibatkan produk kesihatan, maka kenaikan cukai pendapatan korporat dilihat meningkat hampir 60% kepada RM79.8 bilion.

Pada masa yang sama cukai bahagian jualan dan perkhidmatan turut menyumbang pada kenaikan hasil kutipan sebanyak RM43.5 bilion bagi cukai tidak langsung.