Walaupun kekayaan ekonomi negara telah memaparkan peningkatan pada tahun lalu – ini tidak bermakna kedudukan tahap hutang Malaysia berada pada keadaan selesa.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini menzahirkan kebimbangan akan tahap hutang negara yang ketika ini berada di paras RM979. 814 bilion (63.4%) daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Berdasarkan tinjauan, terdapat berlakunya kenaikan RM100 bilion berbanding data tahun lalu iaitu paras hutang sekitar RM879.560 bilion. Malah lebih merunsingkan digambarkan bagi setiap RM0.16 sen daripada setiap RM1 hasil kerajaan, digunakan untuk membayar faedah hutang negara.