Artikel

Kekayaan Ekonomi Malaysia Kini Naik Kepada RM3.28 Trilion – DOSM

Stok Modal Bersih yang mewakiliki kekayaan ekonomi Malaysia dilihat semakin meningkat dengan kenaikan RM57 bilion pada tahun 2021 kepada RM3.28 trilion.

Ini lebih tinggi berbanding jumlah pada tahun 2020, sekitar RM3.22 bilion.

Manakala stok modal kasar yang mewakili pelaburan terkumpul aset tetap negara pula turut memaparkan peningkatan 2.48% kepada RM5.3 trilion

Mengikut pemerhatian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada pertumbuhan stok modal 2021 ini bagi stok modal bersih ia disumbangkan hasil peningkatan aktiviti ekonomi berlandaskan sektor Perkhidmatan dan Pembuatan.

Sektor perkhidmatan terus menjadi penyumbang utama dengan 68.2%, diikuti sektor perlombongan dan pengkuarian sebanyak 17% dan pembuatan pula 11.7%.