Artikel

PM Ismail Maklum Usul Tarikh Pembubaran Parlimen Akan Dikemuka, Sekiranya Berkesempatan

Pada jam 4 petang ini, rakyat Malaysia akan melihat pertemuan rasmi antara Perdana Menteri Ismail Sabri bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Meskipun tidak mengetahui agenda disebalik pertemuan tersebut, PM Ismail pada laporan memberi kenyataan usul tarikh pembubaran Parlimen akan dikemuka sekiranya berkesempatan.

Melihat pada gambaran tersebut, terdapat kemungkinan cadangan tarikh tersebut akan dikemukakan pada hari ini (6 Oktober).

Manakala berhubung pembentang Bajet 2023 pula, tindakan PM Ismail menyemak persediaan terakhir pembentangan di Kementerian Kewangan telah dilaksanakan, dan memberi petunjuk Bajet 2023 akan diteruskan pada petang esok 7 Oktober.

Sama-sama kita nanti makluman rasmi pada petang ini.