Artikel

Malaysia Optimis, Berupaya Hasilkan 45% Pekerja Berkemahiran Tinggi Kelak

Data tahun 2021 menunjukkan, pasaran pekerja berkemahiran tinggi Malaysia mencatatkan sekitar 29.6% menyamai jumlah 4.5 juta pekerja.

Jumlah itu ternyata jauh lebih rendah berbanding penyertaan pekerja di kemahiran separuh mahir dengan 8.7 juta pekerja (57.7%), manakala jumlah pekerja berkemahiran rendah pula 1.9 juta individu (12.7%).

Maka untuk meningkatkan peratusan jumlah pekerja berkemahiran tinggi, Perdana Menteri Ismail Sabri pada pelancaran Pelan Induk Taman Mranti dan Penjenamaan Semula Mimos Berhad – memaklumkan peningkatan infrastruktur akan diperluaskan bagi menghasilkan 45% pekerja berkemahiran tinggi.

Menerusi matlamat itu bersama pelaksanaan Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil ini, kerajaan melihat ia akan menjadi lokasi hab inovasi buat negara dalam bereksperimen meningkatkan penghasilan teknologi negara. Dijangka sekitar 8,000 peluang pekerjaan bakal tersedia untuk ekonomi negara.