Artikel

Pekerja Asing Di Malaysia Bakal Naik, Cecah 2.2 Juta Individu – Kementerian Sumber Manusia

Jika ketika ini Malaysia memiliki 1.24 juta pekerja asing – tidak lama lagi jumlah tersebut berpotensi akan meningkat kepada 2.2 juta pekerja asing.

Data perkongsian Kementerian Sumber Manusia (KSM) itu sekaligus menafikan kenyataan bahawa negara berdepan kekurangan pekerja asing. Buat masa ini, lebih 238,000 pekerja asing telah diberi pas segera, jumlah tersebut tidak merangkumi 640,000 permohonan yang sedang menanti proses biometrik dan perubatan.

Sekiranya digabungkan jumlah sedemikian akan membawa kepada rekod pekerja 2.2 juta di Malaysia kelak.

Kemasukan ini menurut KSM telah diteliti oleh pelbagai aspek ia tidak sekadar memenuhi permintaan majikan tetapi turut menyemak sama ada penyertaan tersebut akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.