Artikel

Apa Status Bajet 2023? – Sesi PM Ismail Menghadap Agong, Jadi Tumpuan Rakyat Hari Ini

Umum ketahui, hari ini (6 Oktober) seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Menerusi agenda tersebut, sekaligus mewujudkan pelbagai persoalan berhubung status pembentangan Bajet 2023, belanjawan negara yang dijadualkan akan berlangsung pada petang esok (7 Oktober) di Dewan Rakyat.

Meskipun Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara memberi gambaran penjadualan pembentangan tersebut tidak terjejas – isu ini masih berpotensi untuk berbangkit sekiranya kerajaan bertindak untuk membubarkan parlimen.

Untuk makluman awam, pada tahun 1999 negara pernah berdepan pengulangan pembentangan bajet pada tahun tersebut susulan berlakunya pembubaran parlimen. Maka terdapat kemungkinan situasi yang sama bakal berulang kembali.

Akan tetapi persoalan tersebut hanya dapat diketahui setelah pertemuan rasmi hari ini diperjelaskan oleh PM Ismail kelak. Sama-sama kita nantikan.